Pages

feel free to visit my second blog
komen dari kamu semua amatlah dialu-alukan
kerana ianya menentukan kecerahan masa depan saya dan kawan-kawan saya

Mar 1, 2012

KK here I come....

bunyi macam gembira. padahal tidak gembira pun. berdebar-debar sampai kurang selera makan. huhu

minggu depan, 8hb Mac adalah............

HARI
Temu Duga Pelantikan ke Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41

waaaaa T_T

xprepare apa2 pun, macam mana ni?

Feb 17, 2012

Kehidupan di Semporna

Assalamualaikum. Alhamdulillah akhirnya ada juga semangat untuk mengarang semula. Setelah melangkau ke tahun yang baru, baru ada semangat. Semangat tetap ada tetapi kekangan dari segi ketiadaan kamera sendiri yang menyebabkan perasaan malas menyelimuti jiwa.. ^_^

Dipendekkan cerita, 25hb Januari yang lepas Inang bersama suami melaporkan diri di PPD Semporna sebagai Guru Interim. Bagi rakan-rakan guru lain mungkin sudah sedia maklum dengan istilah Guru Interim ini kan? Ianya lebih dikenali sebagai Guru Sementara. Dan Inang akan menjadi Guru Interim dari 25 Januari sampai 31 Mac. Untuk selanjutnya terserah kepada yang berkuasa. huhu



Saya Zarinah Binti Ahmadul sedia berkhidmat untuk SMK Kabogan II, Semporna Sabah.

Inilah dia sekolah yang sedang saya mencurahkan ilmu =)





Gambar di atas ni, gambar yang Ustaz Ishak captured semasa perhimpunan.

Inilah pelajar sesi petang =) Ramaikan?

p/s: barisan guru yang bertudung pink striking semacam tu adalah SAYA. menyerlah gitu ;)







Inilah dia bangunan sekolah yang berkongsi dengan SK Bubul II. Agak kecil berbanding sekolah waktu saya praktitum dulu. Tapi syukur Alhamdulillah, inilah tempat saya mencurah ilmu dan menimba ilmu.


Banyak yang ingin dikongsikan. Tapi gambar tak banyak. sekarang pun idea tengah kering. huhu. Nanti insyaAllah entry seterusnya nak cerita pasal semporna.


p/s: Semua gambar dirompak daripada Ustaz Ishak kat SMK Kabogan II. Terima kasih Ustaz.

Nov 20, 2011

Pengantin 11.11.11


Siapa yang kahwin on 11.11.11? Tarikh keramat tu. Cantik punya tarikh. Wedding invitation card di rumah memang berlambak-lambak. 1 family kami keluar dan berbagai-bagi untuk attend wedding ceremony.



One the memorable wedding, my childhood friend. Laksmi Eriani. Just married on 11.11.11, and the reception on 13.11.11... Macam Barbie Doll ko Ery. Cantik sangat.
Kahwin sudah kita kan. hihi. Nanti anak-anak kita pula yang berkawan macam kita dulu time kecil-kecil. Bermain-main segala permainan. hahaha.... Kalau lepak sama-sama nie macam-macam cerita kita keluar ni.

Semoga perkahwinanmu berkekalan hingga ke syurga. Semoga berbahagia selalu. Cute laki mu macam kau jugak cute ni.

Sempat capture gambar dengan pegantin 111111, LAKSMI ERIANI bt ABDUL HAMID

Next dengan pengantin tu, Hadi my Brother. Kami lah teman sepermainan. Hahaha. Sempat lagi ketawa-ketawa atas pelamin.



its my turn to ambil gambar dengan pengantin.
Kami membesar bersama-sama. Ke sekolah bersama-sama. Bermain bersama-sama.
dan kami pernah mandi bersama-sama.. hahaha



Dan, akhir sekali ambil gambar dengan kekasih hati yang tersayang
Khalid Juanda
Suami tercinta, i love you more & more..


p/s: Selamat Pengantin Baru. Semoga cepat2 dapat anak ^_^

Oct 31, 2011

Hebatnya perasaan BERCINTA selepas kahwin


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers


Alhamdulillah.

Indahnya perasaan bercinta. Kurniaan yang Allah beri semasa berada di dunia ini. Perasaan ini jauh skali berbeza dengan masa belum bernikah.

Habby (refer to my lovely husband), kami berkenalan since Julai 2004. We're in the same class & course at PKK (Politeknik Kota Kinabalu). Bayangkan tempoh perkenalan yang agak lama sebelum kami untuk memutuskan hubungan kami kepada lebih serius.

Perubahan yang dialami sebelum dan selepas bernikah, sangat berbeza. Dan Alhamdulillah syukur. Sangat berbahagia sekarang.

Dulu bolehlah bergerak ke mana sendiri, tapi sekarang ada Habby sebagai teman paling setia. Habby sebagai seorang peneman, body guard dan kekasih. Sambil berpegangan tangan. Best bukan. Dengan senangnya kami berjalan ke sana dan ke mari tanpa risau orang berkata-kata.


Sekarang makan ABC pun ada teman. Picture jak sorang-sorang. Saja capture picture sendiri.



wait for our ABC

this one our latest picture


nampak tak? macam makin gemuk kan? Bahagia mungkin. Alhamdulillah.





p/s: SELAMAT BERTUNANG to my beloved bestfriend. Kamu sangat cantik Mak Long Fiffy Nur Farahiyah. Husband ndak bagi pergi KK. Tapi bila pagi-pagi Habby sebut, kenapa ndak pegi? huhu padahal dia yang ndak bagi pertamanya..

miss you dear


Oct 28, 2011

Friday Snack :: CIKGU GANTI ::

sedang menjadi seorang guru ganti sdi SK SUNGAI ANIB 1..

ajar anak murid menyanyi

^_^

lepas tu bosan

ambik gambar guna webcam..

tunggu jam 3.20 petang untuk kelas seterusnnya ^_^




Oct 13, 2011

Rumahtangga : Tanggungjawab seorang isteri


Sebulan lebih bergelar ISTERI untuk suamiku yang tercinta KHALID JUANDA. Alhamdulillah syukur. Bahagianya hidup berada di sisi suami. Rutin harian berubah, personaliti berubah. Boleh dikatakan hidupku telah berubah. Bila solat, ada teman berjemaah. Bila bangun pagi, ada peneman di sebelah. Bila makan ada teman semeja. Bila masak di dapur ada yang tolong. Seronok bukan hidup berpasangan. Inilah kelebihan bila berada di alam rumahtangga. Ianya berbeza dengan dunia percintaan. Di mana zaman sekarang ramai remaja yang meng'halal'kan perkara yang di'haram'kan. Opssss~

Sejak kahwin, semakin malas untuk update blog. Masa depan laptop banyak, tapi lebih kepada mencari resepi dan berkongsi maklumat dengan suami. Masa online, confirm ada suami meneman di sebelah. hihi..

Sebagai mukadimah, entry blog selepas bergelar isteri. Hari ini saya ini berkongsi mengenai tanggungjawab seorang isteri.

1. TAAT
Tanggungjawab utama seorang isteri adalah taat dan patuh kepada suaminya. Dimana kesetiaan isteri terhadap suaminya perlu diutamakan terlebih dahulu daripada keluarga terdekatnya. Syurga isteri berada di tangan suaminya. Rasanya semua ister-isteri yang diluar sana faham bukan dengan ayat tersebut.

Berdasarkan kepada sabda Rasulullah SAW :

Sekiranya aku ini orang yang menyuruh mana-mana orang supaya sujud kepada orang lain tentu sekali aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya.
(Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)

2. MELAYAN SUAMI
Kehadiran suami di rumah adalah satu rahmat kepada seorang isteri. Matlamat perkahwinan adalah di mana seorang isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga. Seorang isteri perlulah memenuhi kehendak suaminya dengan baik pada bila-bila masa sahaja.

Menyunting Sabda Rasulullah SAW:

Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur, tetapi ia enggan melayan ajakan suaminya, maka suami tidur dengan marah pada waktu malam itu, nescaya malaikat mengutuknya sampai waktu subuh.
(Riwayat sebahagian Ahli Sunnah)

Jadi para pembaca, berusahalah untuk melayani suami melainkan mempunyai alasan yang kukuh untuk menolak. Pastikan sang isteri bersedia untuk melayani suami. ^_^

3. MENGURUS RUMAHTANGGA
Mengurus rumahtangga adalah tanggungjawab seorang isteri. Rumah adalah tempat untuk beristirehat. Isteri perlulah menyediakan suasana yang tenang untuk suami. Hiasilah rumah supaya suami kita berasa tenang, selesa dan tenteram bila berada di dalam rumah. Banyak tanggungjawab seorang isteri bila menyentuh isu pengurusan rumahtangga. Dari persekitaran sehinggalah pakaian, makan dan minum suami.

Jika kita tengok misai suami sudah panjang, apalah salahnya kita isteri ini menolong untuk mencukur misai suami. Kita potongkan kuku suami. Jika si suami pergi kerja, apa salahnya kita sebagai seorang isteri untuk menyediakan baju untuk suami. Kita bolehlah matchkan baju-baju supaya kelihatan lebih segak dan kemas ^_^ sekali sekala bolehlah sediakan makanan yang mewah dan exclusive untuk suami. Pasti si suami gembira.

4. MENJAGA MARUAH DIRI, SUAMI DAN KELUARGA
Hurm.. Ada masanya kita keluar untuk membeli belah, bekerja ataupun melawat saudara mara atau kawan. Sebelum keluar rumah pastikan kita menutup aurat dan tidaklah memakai pakaian yang menjolok mata. Cara berjalan juga tidaklah menarik perhatian orang ramai. Sekarang fashion macam-macam ada, yang penting jaga aurat. Kita sebagai isteri juga perlu untuk menundukkan pandangan serta berusaha untuk menjauhkan diri daripada segala fitnah yang mungkin berlaku.

" Bilik tidur adalah rahsia si suami dan juga si isteri ". shhhhhh RAHSIA........

5. MENYENANGKAN HATI SUAMI
Cuba kita renung-renungkan.. Apakah perkara yang mampu menyenangkan hati suami tercinta? Pakaian, haruman? Semasa berada di rumah kita sebagai isteri pastikan diri masing-masing berpakaian kemas. Bersoleklah sedikit agar wajah tidak pucat dan kenakan sedikit minyak wangi untuk suami tercinta. Bukan bila keluar rumah baru isteri ingin berpakaian lawa, bersolek dan berwangi-wangi. Adakah berhias untuk tontonan umum? Hihi...

Sep 12, 2011

most FAILED during my wedding ceremony

the most FAILED during my wedding ceremony

was

LEMAK yang degil

sangat benci okey

LEMAK lagi manis berkrim sukar untuk dibuang daripada badan sehinggalah menjelang majlis perkahwinan Inang

T_T

tapi agak menggembirakan, waktu last fitting dengan my wedding dress tailor almost 3 inches kurang.. yeeee
agak memberansangkan bukan?

ada 3 pasang baju yang
direka oleh my beloved brother HADI
&
dijahit oleh tukang jahit profesional JANJAN

tQ so much.. sangat2 berpuas hati dengan service yang diberikan dgn J&J Bridal Warehouse
....tQ so much....

ada 1 pasnag baju lagi yang belum di pakai. dan akan di gunakan semasa majlis tingkuang pada 17hb September 2011 di Tawau, Sabah.