Pages

feel free to visit my second blog
komen dari kamu semua amatlah dialu-alukan
kerana ianya menentukan kecerahan masa depan saya dan kawan-kawan saya

Mar 13, 2011

DURIAN MERAH


durian raja segala buah yang ada
sebab ianya berduri
kalah buah lain

kidding

mungkin sebab keunikan rupa dan rasa buahnya menjadikan durian raja segala buah

ada durian yang isinya bewarna kuning dan juga putih

namun adakah kamu tahu bahawa wujudnya durian yang isinya bewarna MERAH ?

++ silalah percaya ++

tengok gambar bawah ini

sebab tu Inang suruh korang percaya. sebab durian ini memang wujud. Inang melihatnya sendiri. dan sudah menjadi salah satu perkara biasa di tempat Inang dilahirkan iaitu Sabah.

bagi mereka2 yang berbangsa Sungai macam Inang, durian ini lebih dikenali sebagai 'alau'.
(bagi suku Sungai Kinabatangan)

sebenarnya, durian ini tiada rasanya. tawar setawar-tawarnya. biasanya isi durian ini akan diubahsuai sebelum boleh dimakan.

pertama sekali isinya akan diasingkan daripada bijinya. kemudian akan disimpan dalam botol atau bekas untuk diperap. semasa proses pemerapan, isi durian yang telah diasingkan daripada biji akan dicampurkan bersama garam dan akan disimpan untuk suatu jangka masa sehingga betul2 sebati dengan garam dan menjadi macam cencaluk dan juga budu (perumpamaan sahaja). rupa isinya tidak berubah sama sekali setelah diperap dengan garam, tetapi akan berasa berbanding isi durian yang asal.

apabila durian yang ditelah diperap telah matang, bolehlah dinikmati bersama nasi putih yang panas.

atau isi durian boleh ditumis bersama bawang. sebelum dinikmati bersama nasi dan lauk pauk yang lain.

Inang jamin rasanya SUPERB. durian merah menjadi salah satu makanan kegemaran Inang. sangat2 sedap. terasa berlemak sedikit.

permintaan terhadap durian merah ini cukup tinggi di kawasan tempat tinggal Inang iaitu Sandakan. Sebotol boleh mencecah RM20-RM60 bila sampai musimnya. ada juga pelanggan yang ingin membuat sendiri durian dengan hanya membeli buah durian yang telah siap diikat oleh penjual dengan harga jauh lebih murah berbanding yang telah siap diperap.

biasanya durian ini boleh didapati di pasar atau paling glamor dalam kalangan warga Sandakan terdapat di kawasan Segaliud. durian ini akan dipamerkan di tepi2 jalan, dan pelanggan hanya perlu singgah dan membawa cash.

mungkin bagi sesiapa yang belum pernah melihat durian ini, mesti pelik dengan rupanya. tapi percayalah bahawa sangat sedap untuk dimakan =)

bagi Inang bagi durian merah SAHAJA dan nasi putih yang panas sudah memadai untuk mengisi perut yang tengah lapar ^^

ciri2 fizikal buah durian merah:

- kulit bewarna kuning -
- isi bewarna merah -
- saiznya lebih kecil berbanding buah durian isinya kuning (durian biasa) -
- duri2 lebih kecil -


sewaktu Inang praktikal di AG Sandakan suatu ketika dahulu, ada staff orang semenanjung yang teringin sekali melihat buah durian ini. tapi malangnya pada masa itu, belum musim lagi. jadi agak sukar untuk mendapatkannya =)



tujuan Inang post pasal entry ni?
mungkin geram family xkirim ke Tanjung Malim durian ini. sedangkan adik janji nak kirim =_=
rasa macam mengidam pulak

bagi sesiapa yang akan berlayar ke Sabah, pegilah rasa DURIAN MERAH

sedap oo dijamin!




p/s: hari ni Birtday adik Inang yang sedang study di Bandung, Indonesia. smlm terawal wish sebabnya Indonesia lewat sejam berbanding jam Mesia =) wish you Happy Birthday my beloved. hope ada seorang doctor dalam family kita =p

2 anak2 murid bersembang:

SheNn said...

Wahhh..org Sungai ka kak..hehe...aku suka makan durian merah + nasi + garam...yummy...sembut slahh..hhuhu

Inang said...

sembut slahh..~

sedapnya.. teringat2 sedapnya.. haha

mau minta pos pun susah.. takut meletup.. hahahaha