Disebabkan tiap-tiap hari ada saja hit mencari CHICKEN CHOP dalam blog ni
so hari ini Inang mempunyai beberapa second untuk update pasal CHICKEN CHOP

CHICKEN CHOP
BAHAN2:
1 keping daging ayam bahagian peha (debone) klik sini utk proses debone [here]
100g tepung gandum
100g serbuk roti
1 biji telur
1 cubit garam
1 cubit lada sulah
LANGKAH2:
- Perapkan ayam dengan garam dan lada sulah.
- Kemudian lakukan standard breading procedure iaitu mulakan dengan salut ayam dengan tepung gandum, kemudian telur dan akhir sekali dengan sebuk roti.
- Sedia untuk digoreng sehingga masak (atau kekuningan).
MUSHROOM SAUCE
BAHAN2:
1 sudu demi glaze (segera)
1 cawan air
5 biji cendawan butang
1 ulas bawang putih
1 sudu minyak masak
LANGKAH2:
- Campurkan demi glaze dengan sedikit air, kacau sehingga sebati
- Didihkan air selebihnya dan masak sehingga pekat. (sekirnya terlalu pekat boleh tambah air)
- Tumis bawang putih (cincang halus) sehingga naik wangi.
- Masukkan cendawan butang yang telah dipotong nipis.
- Apabila sudah garing, masukkan demi glaze tadi dan masak sehingga mendidih.

jadi chicken chop sudah sedia untuk dimakan
semua bahan2 boleh didapati di supermarket
kalau tengok gambar banyak cara presentation chicken chop kan, so ikut kreativiti korang nak hidang dengan apa. boleh hidang dengan fries atau pun coleslow
SELAMAT MENCUBA
(sumber gambar : PakCikGoogle)




3 anak2 murid bersembang:
kurang lagi tu......
sayur sayuran dgn kentang bagi la sekali resepinya.... alang2 juga...
ok An NahL..
skrg xble.. mlm karang ada midterm, kena mbaca dlu ni
DEMI GLAZE TU PE???? XPNH DGR LAK
Post a Comment