Teringat mula-mula sampai ke Bumi Tanjung Malim pada
25 Disember 2007
"kecilnya pekan ni", aku berbisik dalam hati.
Pak Cik Teksi minta RM160 dari LCC Terminal ke Tanjung Malim. Aku sampai awal sehari sebelum tibanya waktu untuk mendaftar di Kolej Kediaman Harun Aminurrashid (KHAR).
Alhamdulillah akhirnya berjaya juga sampai ke Pekan Tanjung Malim, bersama surat tawaran yang menyatakan
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP (TEKNIKAL)
Tempoh pengajian : 8 Semester (4 tahun)
Seawal pagi 26 Disember 2007, Khalid dan Salleh tiba dari Kajang. Sampai2 ke hotel kami, Salleh pinjam toilet. hihi. tak dapat tahan ke kawan? hahaha...~
kami (aku & khalid) mula melangkah kaki untuk ke KHAR. Waktu itu, lalu Kampus Utama UPSI
"bangunannya lama-lama", bisik ku kepada Ibu.
Sampai je KHAR, Salleh pun balik. tQ salleh sebab tolong kami. sebab hari yg sama dia register untuk Master kot (kalau aku xsilap la).
sebelum masuk mendaftar, awal-awal lagi TUDUNG aku, KEMEJA khalid kena sound. Warna tak boleh guna, nanti tak boleh ambil gambar. Walhal, kami berjanji nak pakai baju yang sama warnanya. huh~
terpaksa tukar tudung dengan Ibu, tak pasal-pasal baju biru tudung purple. Nasib baik Ibu faham. Ibu x kisah dia duduk tunggu kami habis daftar pakai baju purple tudung biru. Kesian IBUku.
khalid pun terpaksa tukar baju, terpaksa selongkar beg yang dibawa dari Sabah. terpaksa guna kemeja HITAM yang tidak diseterika.
BENCINYA waktu itu
- aku baju kurung BIRU tudung UNGU -
- khalid kemaja HITAM tak ber'iron' -
abang kamera pun tangkap gambar
terjadi lah gambar ini
gambar pertama di bumi Tanjung Malim
dan gambar inilah yang menjadi gambar untuk kad pelajar aku di UPSI selama 3 1/2 tahun.
* nampak kan baju biru, tudung purple. aku tak tipu tau. kisah benar punya *
bermula al-kisah Minggu Orentasi yang membosankan
selama seminggu aku tak makan nasi, aku makan roti. sebabnya makanan sini langsung aku tak boleh nak telan.
Minggu Orentasi sememangnya terkenal dari zaman aku di PKK dengan kebosanan. Aku bosan sebab tak ada geng. Bosan dengan JALAN KAKI sampai kaki melecet. Bosan dengan CERAMAH. Bosan dengan erm........ banyak lagi lah benda aku bosan waktu minggu orentasi.
dan ROOMATE pertama ku di UPSI adalah
minah nie, barang dia banyak gila. hihi.
paling tak boleh blah, aku tipu dia Khalid itu Sepupu ku.
dan dia percaya. hihi
seminggu kemudian bermula pula al-kisah dari KHAR ke KAB
tup-tup
Cik Asmawati memang menjadi roomate ku untuk 1 semester. ditambah pula dengan
Norliza Ahmad
Zuriani Zakaria
Amani Farhana Fadzil
Adila Shuhada Ahyat
mereka-mereka ini jadi HOUSEMATE ku.
time pindah dari KHAR ke KAB pun benci juga sebabnya:
- kena angkat barang
(awal2 pagi aku & asma kluar sblum ramai orang)
- benci berebut prebet
- benci sebab dari bilik cantik ke bilik buruk
huh~
Dan di KAB aku menginap selama 3 semester sebelum keluar di rumah sewa sekarang ini.
rasanya ada kami tangkap gambar ramai2, tapi tak ingat dah mana gambar2 tu.
KENANGAN semuanya
itu adalah AL-KISAH pada setibanya aku di UPSI
sekarang, detik ini, saat ini
AKU MENJADI PELAJAR TAHUN AKHIR DI UPSI
cepat sungguh masa berlalu. masa sedang menjalankan dirinya, dan ianya tak akan terhenti.
3 tahun setengah aku berjaya tempuhi sebagai
SEORANG PELAJAR KEMAHIRAN HIDUP BERMINORKAN VOKASIONAL
sangat2 mencabar apa yang aku tempuhi selama aku berada di bumi Tanjung Malim.
antara ilmu yang aku dapat selama pengajian di sini.
- menjahit
- memasak
- melukis
- mereka cipta
- bertukang
selain itu juga, aku berpeluang untuk menjadi:
- landscaper
- interior designer
- tukang kayu
- tukang paip
- penekap terhebat sedunia**
- graphic designer
- usahawan
- model baju pengantin tidak bertauliah
ada baik dan ada buruknya pada diri aku sendiri
yang tak baiknya PENEKAP.. ahaha
ini semua disebabkan tangan aku keras macam batu, langsung tak boleh nak melukis. mewarna lagi lah. sebab itu, semua hasil kerja aku buruk. hahaha. aku tak kisah orang nak kutuk aku punya hasil kerja, sebab sememangnya aku tak pandai nak melukis. huhu
aku ingat lagi En Firdaus Ramli cakap orang aku lukis tangan macam spanar
T______T
jahatnya kamu (versi Stacy)
bila masa aku jadi Interior Designer, tangan aku sampai kejang, sebab potong modelling board
T_____T
bila aku jadi graphic designer, poket aku memang bocor sebocornya. huhu~
T_____T
macam2 kenangan yang tercipta kat sini.
Itu kenangan dengan tugasan, belum lagi kenangan dengan ahli group
ada yang over komitmen, ada yang mau cepat saja,
ada yang slow motion, ada yang 'eh, dia saja yang betul, ada yang macam lalang 'u cakap i follow', dan ada yang pandai hilang dari radar.
okey, manusia ini dilahir dengan macam-macam ragam. dari manusia sekelilingnya menerimanya bagaimana. ada yang menerima secara positif, ada yang menerimanya secara negatif.
panjangnya entry ini. sebenarnya tujuan entry ini ditaip adalah untuk mengimbau kenangan bermulanya aku menjejakkan kaki di UPSI ini.
opsss
lupa 1 perkara lagi, rupanya budak2 rumah sewa kami atau dikenali sebagai GENG TMN BERNAM 23 sudah kena cop kat dahi
GENG SUKA THANGKAP GHAMBAR
tiada niat selain bersuka ria gambar2 tu. saja mau melaram sebagai pelajar tahun akhir
~ hahaha ~
sebelum aku meninggalkan UPSI pada Isnin depan (2 Mei 2011),
aku ingin menyusun sepuluh jari untuk memohon maaf kepada
Coursemate saya yang memang cukup2 seronok. sebab kuat pokpekpokpek. happening tau.
aku minta maaf atas keceluparan mulut aku, sikap kasar aku, kalau aku termakan terminum korang punye halalkan ye~
aku rajin mengumpat waktu lepak2 dgn khalid, housemate..
jadi aku nak minta maaf kat korg ada yg aku umpat, aku ejek, aku ajuk cakapnya, ada yang termaki mungkin...
im sorry
sorry to all AT31 students, kalau aku ada hutang kat korang, bagitau tau...
nak bayar hutang sebelum aku balik Sabah.
kalau tak sempat, aku bank in
^___^
kot2, boleh tambah dana untuk korang sewa rumah time praktikum nanti
nak puji coursemate yang ambik minor MPV.... KORANG MEMANG STEADY lah..
susahkan? tapi seronok. hihi
bagi yang ambil minor lain, korang bukan tak steady, korang pun steady kan... kan.. kan.
sebab aku ambik minor MPV, poket bocor, lewat hantar asgmnt, stress, perlukan persediaan mental yang cukup tough. huh~
kepada yang bakal mendirikan rumahtangga.....~
TAHNIAH.. TAHNIAH.. TAHNIAH.. TAHNIAH
( Nur Syairah Ayob, Ida (umah AC), Ema, Dude)
tak lupa jugak untuk Shafiza Irdawaty yg baru mendirikan rumahtangga
aku doakan semoga berbahagia selalu
jangan jadi gemOk macam saya, lepas kawin ye..
hahaha
pass kat aku aura 'pengantin baru'
hahahaha
AT31 tetap dalam hati
kita jumpa waktu konvo yah~
tak pun kita reunion kat HONGKONG bak kata si Ahmad
boleh kita gi Disneyland
4 tahun lagi
sempat ni nak kumpul duit
p/s: akan ada satu entry lagi khas untuk housemate aku pulak ^___^




8 anak2 murid bersembang:
best!
ape yg best Achu? sedey tau..
HATE THIS FEELING
Inang ko lupa masukkan part aku pakai baju khalid masa mula2 daftar..masa part selongkar baju tu..apalah..kalo ada masa edit k..wakakkaka
hahaha.. iyakan yah, aku lupa plak ko pinjam baju khalid
wa... best dgr story ko nang... mcm jap ja masa tue berlalu.. 4thn upanya ko d sna ah... i like, like, like.. pa punya byk like la aku nie.. cheh..
Assalamualaikum Nang..
Alhamdulillah.. Aku baca sampai abis.. Emosi bercampur-campur.. Aku gembira.. Aku sedih.. Aku cemburu.. Aku suka.. Aku geram.. Semua ada..
Aku happy akhirnya kau berjaya juga.. Walaupun d PKK dulu kita tidak serapat mana namun tidaklah sampai tidak bertegur sapa.. Alhamdulillah walaupun cuma di dunia maya namun terasa ada ikatan ukhwah terjalin..
Aku terharu membaca kisah hidupmu.. Aku pernah berada disitu, walaupun aku bukan bergelar sebagai seorang siswazah ketika itu.. Aku rindukan saat² aku masih bergelar student..
Sememangnya kehidupan sebagai seorang pelajara adalah kehidupan yang terindah dan sarat dengan pelbagai kenangan.. Tak kiralah manis mahupun sebaliknya..
Selepas ini aku doakan ko akan berjaya mencapai cita-cita mu.. Aku doakan agar ko bahagia bersama kekasihmu.. Aku doakan semoga dipermudahkan segala-galanya.. Oh jgn lupa smpikn salam 'Assalamualaikum' ku dgn Khalid.
Semoga ikatan persahabatan ini kekal sampai bila².. Insha'Allah...
Panjangnya cerita ni, sedih ada, gembira ada tapi memang menarik untuk dibaca. Ni kira dah habis belajar sudah ka?
Dah lama Inang tak update post blog.
Sekarang dah mula sibuk mengajar ke?
Post a Comment