
Sebulan lebih bergelar ISTERI untuk suamiku yang tercinta KHALID JUANDA. Alhamdulillah syukur. Bahagianya hidup berada di sisi suami. Rutin harian berubah, personaliti berubah. Boleh dikatakan hidupku telah berubah. Bila solat, ada teman berjemaah. Bila bangun pagi, ada peneman di sebelah. Bila makan ada teman semeja. Bila masak di dapur ada yang tolong. Seronok bukan hidup berpasangan. Inilah kelebihan bila berada di alam rumahtangga. Ianya berbeza dengan dunia percintaan. Di mana zaman sekarang ramai remaja yang meng'halal'kan perkara yang di'haram'kan. Opssss~
Sejak kahwin, semakin malas untuk update blog. Masa depan laptop banyak, tapi lebih kepada mencari resepi dan berkongsi maklumat dengan suami. Masa online, confirm ada suami meneman di sebelah. hihi..
Sebagai mukadimah, entry blog selepas bergelar isteri. Hari ini saya ini berkongsi mengenai tanggungjawab seorang isteri.
1. TAAT
Tanggungjawab utama seorang isteri adalah taat dan patuh kepada suaminya. Dimana kesetiaan isteri terhadap suaminya perlu diutamakan terlebih dahulu daripada keluarga terdekatnya. Syurga isteri berada di tangan suaminya. Rasanya semua ister-isteri yang diluar sana faham bukan dengan ayat tersebut.
Berdasarkan kepada sabda Rasulullah SAW :
Sekiranya aku ini orang yang menyuruh mana-mana orang supaya sujud kepada orang lain tentu sekali aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya.
(Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)
2. MELAYAN SUAMI
Kehadiran suami di rumah adalah satu rahmat kepada seorang isteri. Matlamat perkahwinan adalah di mana seorang isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga. Seorang isteri perlulah memenuhi kehendak suaminya dengan baik pada bila-bila masa sahaja.
Menyunting Sabda Rasulullah SAW:
Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur, tetapi ia enggan melayan ajakan suaminya, maka suami tidur dengan marah pada waktu malam itu, nescaya malaikat mengutuknya sampai waktu subuh.
(Riwayat sebahagian Ahli Sunnah)
Jadi para pembaca, berusahalah untuk melayani suami melainkan mempunyai alasan yang kukuh untuk menolak. Pastikan sang isteri bersedia untuk melayani suami. ^_^
3. MENGURUS RUMAHTANGGA
Mengurus rumahtangga adalah tanggungjawab seorang isteri. Rumah adalah tempat untuk beristirehat. Isteri perlulah menyediakan suasana yang tenang untuk suami. Hiasilah rumah supaya suami kita berasa tenang, selesa dan tenteram bila berada di dalam rumah. Banyak tanggungjawab seorang isteri bila menyentuh isu pengurusan rumahtangga. Dari persekitaran sehinggalah pakaian, makan dan minum suami.
Jika kita tengok misai suami sudah panjang, apalah salahnya kita isteri ini menolong untuk mencukur misai suami. Kita potongkan kuku suami. Jika si suami pergi kerja, apa salahnya kita sebagai seorang isteri untuk menyediakan baju untuk suami. Kita bolehlah matchkan baju-baju supaya kelihatan lebih segak dan kemas ^_^ sekali sekala bolehlah sediakan makanan yang mewah dan exclusive untuk suami. Pasti si suami gembira.
4. MENJAGA MARUAH DIRI, SUAMI DAN KELUARGA
Hurm.. Ada masanya kita keluar untuk membeli belah, bekerja ataupun melawat saudara mara atau kawan. Sebelum keluar rumah pastikan kita menutup aurat dan tidaklah memakai pakaian yang menjolok mata. Cara berjalan juga tidaklah menarik perhatian orang ramai. Sekarang fashion macam-macam ada, yang penting jaga aurat. Kita sebagai isteri juga perlu untuk menundukkan pandangan serta berusaha untuk menjauhkan diri daripada segala fitnah yang mungkin berlaku.
" Bilik tidur adalah rahsia si suami dan juga si isteri ". shhhhhh RAHSIA........
5. MENYENANGKAN HATI SUAMI
Cuba kita renung-renungkan.. Apakah perkara yang mampu menyenangkan hati suami tercinta? Pakaian, haruman? Semasa berada di rumah kita sebagai isteri pastikan diri masing-masing berpakaian kemas. Bersoleklah sedikit agar wajah tidak pucat dan kenakan sedikit minyak wangi untuk suami tercinta. Bukan bila keluar rumah baru isteri ingin berpakaian lawa, bersolek dan berwangi-wangi. Adakah berhias untuk tontonan umum? Hihi...




0 anak2 murid bersembang:
Post a Comment