Dipendekkan cerita, 25hb Januari yang lepas Inang bersama suami melaporkan diri di PPD Semporna sebagai Guru Interim. Bagi rakan-rakan guru lain mungkin sudah sedia maklum dengan istilah Guru Interim ini kan? Ianya lebih dikenali sebagai Guru Sementara. Dan Inang akan menjadi Guru Interim dari 25 Januari sampai 31 Mac. Untuk selanjutnya terserah kepada yang berkuasa. huhu

Saya Zarinah Binti Ahmadul sedia berkhidmat untuk SMK Kabogan II, Semporna Sabah.
Inilah dia sekolah yang sedang saya mencurahkan ilmu =)


Gambar di atas ni, gambar yang Ustaz Ishak captured semasa perhimpunan.
Inilah pelajar sesi petang =) Ramaikan?
p/s: barisan guru yang bertudung pink striking semacam tu adalah SAYA. menyerlah gitu ;)


Inilah dia bangunan sekolah yang berkongsi dengan SK Bubul II. Agak kecil berbanding sekolah waktu saya praktitum dulu. Tapi syukur Alhamdulillah, inilah tempat saya mencurah ilmu dan menimba ilmu.
Banyak yang ingin dikongsikan. Tapi gambar tak banyak. sekarang pun idea tengah kering. huhu. Nanti insyaAllah entry seterusnya nak cerita pasal semporna.
p/s: Semua gambar dirompak daripada Ustaz Ishak kat SMK Kabogan II. Terima kasih Ustaz.




1 anak2 murid bersembang:
Assalamu'alaikum..
Boleh tahan juga blog cikgu Zarinah ni. Sangat sesuai dikongsikan bersama di blog SMK Kabogan 2.
Post a Comment