Salam Sayang semuanya ^_^
alhamdulillah. ku panjatkan syukur kepadaMu ya Allah.. macam mana nak mula cerita yah...
hurm..
masa balik cuti sekolah hari tu, Inang balik Sandakan jumpa family tercinta.... ibu terus tegur "Kau berisi ka?"..
dengan selamba Inang jawab
"Ntah lah... baru jak bulan lepas datang bulan"....
tapi time tu belum buat urine test..
bila bincang2 dengan suami, suami pun kata
"period macam lambat suda kan....."
start dari perbincangan ni lah yang membuatkan Inang berani buat test walaupun pernah kecewa beberapa kali dengan result yang -ve.. tapi alhamdulillah, rezeki saya tiba juga akhirnya.
saya bakal bergelar IBU dan suami saya bakal bergelar AYAH

kehadirannya dinanti-nantikan sebelum ini.
Inang check 12 March, but until sekarang belum jumpa doctor untuk kira bila due date.
Ada BFF yang tanya berapa bulan sudah, actually belum check........ macam mana mau bagitau kamurang, sorry guys =)
sekarang baru saya faham macam mana sepasang suami isteri yang menerima berita gembira sebegini. gembira, terharu, bahagia..... semua terasa... sehingga menitiskan airmata kegembiraan..
lain perasaanya bila ada seseorang dalam tubuh badan sendiri. memulakan langkah dengan berhati-hati, sebabnya tidak mahu terjatuh. kalau makan pula, fikir dua kali.. takut bila makan, tidak cukup sihat untuk si Baby. bila tidur pula mesti tidak mau sesuatu himpit perut sebabnya takut si Baby terhimpit.. hihi.. hebatnya perasaan ini ^_^
updated :
last 24 Mac, Inang pegi jumpa doktor untuk pengesahan (perlukah? tapi pegi jugak). Alhamdulillah memang positif. Dan Doktor buat ultrasound. Yeeeee....!!!!~ Kantung kecil sudah kelihatan. Doktor kata tunggu lagi sebulan, nanti datang semula untuk scan semula. Waktu tu boleh nampak anggota badan sudah. YaAllah, hebatnya.
Yang tak bestnya bila nakjumpa doktor, adalah tidak ingat bila last day period.. huhu.. sebelum jumpa doktor, dengan kerja keras ingat semula bila tarikh sebenarnya.. hihi.. kelakar gila..~ sang suami pun ikut tolong ingat.. haha.. tQ dear
walaupun sebenarnya adik Inang sudah tolong kirakan.. tapi still belum boleh percaya sebelum jumpa doktor yang sebenar.. haha...... percaya doktor saja..



